apa itu sahabat ??
Sunday, 25 November 2012 ϟ 21:54 ϟ 0 Love this
WAHAI SAHABAT
‘Hadirnya cinta seolah mengirim nafas baru kepada kehidupan. Namun bermaknakah cinta sesama makhluk andai tidak seiring redha sang Khaliq Cinta? jadikan cinta kami kepadaMu sebagai cinta yang terulung agar dapat kami mencintai makhlukMu sekadar apa seadanya.’
Allah yang menghembuskan cinta pada diri manusia. Atas dasar cinta, bertautlah hati Adam dan Hawa. Dan di atas dasar cinta, lahirlah generasi yang mewarnai wajah dunia.
Alhamdulillah. Allah menganugerahkan kepadaku rasa cinta. Dengan cinta yang Dia kurniakan, aku mengecapi segala nikmat yang tak terhitung banyaknya,
“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung”
Kerana cintaNya, aku hidup. Hidup dengan nikmat Iman dan Islam. Hidup dalam jagaan, perlindungan dan kasih sayangNya. Dilimpahi ku dengan kebahagiaan. Memiliki sebuah keluarga yang bahagia, memiliki sahabat- sahabat yang setia. Betapa luasnya kasih sayang Allah, terlalu sehingga aku tak mampu mengukirnya dengan kata- kata. Andai dihimpunkan sejuta orang penyair terhebat alaf ini untuk mengungkapkan kebesaran cintaNya, betapa aku pasti ia tidak akan pernah dapat tergambar!
Kadang- kadang dihadiahi aku dengan kesusahan, kesakitan, kepedihan, kesedihan. Oh bukan untuk menyeksa aku sebenarnya, tapi sebagai tanda ingatan yang tak pernah putus dariNya. Mungkin aku terleka diulit nikmat, lalu dihantar sedikit ujian untuk mengetuk hatiku dari terus lena dan jauh daripadaNya. Sungguh lisanku kelu untuk mengungkapkan bagaimana agungnya cinta Dia kepadaku!
Aku bukan wanita sufi seperti Rabiatul Adawiyah. Begitu tulus mencintai RobbNya. Namun aku pelajari banyak falsafah cinta daripadaNya. Terlalu jauhnya perbezaan antara aku dan dia. Saat dia menyerahkan seluruh cinta yang ada pada dirinya kepada Yang Maha Pencipta, aku masih lagi terikat dengan cinta kepada makhlukNya.
‘Jika aku menyembahMu kerana takut kepada api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya. Jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadaNya. Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu , maka berikanlah aku balasan yang besar. Berilah aku keizinan untuk melihat wajahMu Yang maha besar dan Mulia itu.’
Aku tidak sekuat wanita sufi ini, bersendirian untuk meraih cintaNya. Maka aku memilih untuk mencari pemilik tulang rusukku bagi menyempurnakan perjalanan cintaku kepadaNya. Aku memilih untuk mencintai dia yang memperhebat diri dalam mencintai Tuhannya agar dapat aku menumpang cinta miliknya untuk meraih cinta sahabt yg sebenr . .
Demi Allah, dia tidak perlu bersusah payah menzahirkan cintanya kepadaku dengan limpahan harta atau kekayaan, tidak perlu menambat hatiku dengan gaya dan ketampanan. Bukan itu yang aku harapkan! Yang ku impikan dia mengerti kedudukannya sebagai seorang lelaki, anak, suami, dan abdi kepada Ilahi. Apa yang benar- benar aku inginkan, dia berusaha untuk meluruskan aku dengan penuh hikmah dan sabar di saat aku bengkok dari landasan mustaqim. Malah dia siap memiliki usaha untuk mencontohi Rasulullah walau aku tahu tidak akan ada manusia yang dapat menandingi Rasulullah. Semoga dia dapat mencintai aku dengan segala kelebihan dan kekurangan yang aku ada lantas memimpin aku menjadi abdi yang tulus mencintai Tuhanku.
bukan ku minta seorang yang sempurna untuk menemaniku lewat perjuangan ini, kerana aku seorang yang penuh kelemahan, serba kekurangan. Namun aku berharap untuk mencintai segala kelebihan dan kekurangan yang dia ada lantas menjadikan kami saling menyempurnakan antara satu sama lain di mataMu. Aku memerlukan sahabat yg dpt menggengam tangan ku ke jalan yg benar ..
Ya Allah, semoga cintaku kepadaMu tidak akan pernah layu, malah memekar menghiasi ruang hatiku. Terima kasih atas segala cinta yang telah Kau anugerahkan. CintaMu yang terindah.
Coretan IMANKU
ϟ 16:52 ϟ 0 Love this
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”.
Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:
“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
Berat dalam mengingat Allah.
Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
Berasa senang di atas kegagalan orang lain
Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.










